KUALA LUMPUR, 27 Mei -- Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (duduk, tiga, kanan) memberi penjelasan mengenai tindakan yang akan dilakukan oleh 16 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam ke atas isu DNA babi yang terdapat dalam dua produk Cadbury ketika mengadakan sidang media di sini, hari ini.Dua sampel coklat keluaran syarikat itu yang dilapor mengandungi DNA babi ialah Cadbury Coklat Susu dengan Kacang Hazel (nombor kelompok 200813 M01H12) dan Cadbury Coklat Susu dengan Buah Badam (nombor kelompok 221013 N01RI1).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA