KUALA LUMPUR, 29 Mei -- Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Ab Kareem S Khadaied (dua, kanan) bersama ahli-ahli Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (MAWAR) membuang coklat Cadbury ke dalam tong sampah sebagai tanda boikot terhadap produk tersebut selepas dikesan mengandungi DNA khinzir (Porcine) ketika sidang akhbar di sini, hari ini.Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat kenyataan rasmi pada 24 Mei lalu bahawa wujudnya DNA khinzir dalam dua produk Cadbury iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA