PASIR MAS, 14 April -- Empat tekong darat termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan berasingan mengangkut 28 warga Myanmar di Tumpat pada Mac lepas.Tiada pengakuan direkodkan daripada Lim Ting Ting , 49; Leong Chak Kuan, 53; Lee Kai Lun, 41; dan Soh Soo Yang, 51; selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkpli Abdullah kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. Lim dan Leong didakwa mengangkut masing-masing tujuh warga Myanmar dengan menggunakan dua buah kenderaan iaitu jenis Toyota Rush dan Perodua Alza di tepi jalan Kampung Chat, Tumpat, lebih kurang 5.30 pagi pada 18 Mac lepas.Manakala, Lee dan Soh pula didakwa mengangkut masing-masing tujuh warga Myanmar dengan menggunakan dua buah kenderaan jenis Perodua Alza di Jalan Kampung Pulau Besar, Tumpat, lebih kurang 5.50 pagi pada 18 Mac lepas.Kesemua pertuduhan dibuat di bawah Seksyen 26J Akta Pemerdangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA