GEORGE TOWN, 2 Jun -- Kelihatan seorang pekerja sedang menggantungkan pasu-pasu bunga di Pesta Bunga Penang 2014 di Taman Botani di sini hari ini.Sebanyak 800 orkid pelbagai spesis dan hibrid serta pelbagai jenis pokok bunga turut dipamerkan di Pesta Bunga berkenaan yang bermula semalam sehingga Ahad ini. Sementara itu kira-kira 30 gerai bunga didirikan di tempat lapang kompleks penjaja di Taman Botani berkenaan.Pengunjung-pengunjung ke pesta berkenaan boleh juga membeli pokok-pokok bunga daripada pembeka-pembekall dari johor, Kuala Lumpur dan Cameron Highlands. Acara pesta tahunan itu dibuka dari pukul 9 pagi hingga 7 petang setiap hari. Masuk adalah percuma.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA