GEORGE TOWN, 20 Jun -- Penyelidik Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Radzali Othman menunjukkan penghasilan simen tulang komposit (simen tulang gantian) yang diberi nama Bon'Ciment semasa mengadakan sidang akhbar di USM di sini hari ini. Produk yang dihasilkan daripada campuran seramik kaca bioaktif dengan simen tulang sedia ada ini dibangunkan dengan ciri-ciri unik termasuk mampu mengatasi ketakpadanan simen dan implan, perosotan tisu akibat suhu tinggi pempolimeran, kekuat rendah dan sebagainya. Bon'Ciment ini juga berpotensi untuk dikomersialkan dan pasaran disasarkan meliputi semua kegunaan simen tulang sewaktu memasukkan implan ke dalam tubuh pesakit. Unjuran pasaran adalah amat luas kerana ia merangkumi semua kegunaan perubatan seumpamanya yang sedia ada.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA