IPOH, 20 Jun -- Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) Datin Seri Saripah Zulkifli (tengah) memilihkan baju raya untuk pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Ammar Aiman Azmi, 16, (terbaring) dalam Program Ceria Lebaran PDK di Pasaraya Mydin di Meru Raya di sini, hari ini.Program tersebut bertujuan untuk memberi kegembiraan dan keceriaan kepada anak-anak istimewa bagi menyambut 1 Syawal yang bakal menjelang dengan menghulurkan sumbangan baju raya kepada 357 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti bagi seluruh negeri Perak.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA