KUALA LUMPUR, 20 Jun -- GIGIH MENCARI REZEKI ... Meskipun usia menganjak 91 tahun, Abdul Karim Pakir masih giat menjalankan perniagaan makanan yang diusahakan sejak tiga puluh tahun lepas di Lebuh Tamil, George Town, Pulau Pinang.Beliau yang berasal dari Madras, India menjual mee goreng, bihun goreng, kuey teow goreng, mee rebus, nasi goreng dan mee Singapura. Abdul Karim menjual setiap hidangannya dengan harga yang murah iaitu RM2.50 sepinggan dan mampu meraih pendapatan antara RM50 hingga RM70 sehari.Beliau mula membuka perniagaan dari pukul 11 pagi hingga 9 malam setiap hari. Abdul Karim yang kematian isterinya, kini tinggal bersama anak tunggal beliau di Taman Nusantara, George Town.Kelihatan Abdul Karim membasuh pinggan di premisnya.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** Berita bergambar