GEORGE TOWN, 28 Jun -- Pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPTA/IPTS) menunjukkan sijil Baden Powel (BP Award) pada Majlis Penganugerahan BP dan Manikayu Kumpulan Latihan Kelanasiswa Malaysia (KLKM) Peringkat Kebangsaan yang julung kali diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) di sini hari ini.Anugerah berkenaan disampaikan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.Seramai 150 pelajar dari KLKM dari IPTA/IPTS telah menamatkan kursus anugerah BP dan Manikayu melalui program Kokurikulum Kelanasiswa Berkredit di institusi masing-masing.Kursus berkenaan diadakan bagi mengembangkan bakat dan minat dalam bidang kepengakapan sebagai sebuah badan sukarela yang penting.Ia juga dapat menanamkan semangat dan motivasi tinggi untuk menggunakan kepakaran dan ilmu kepengakapan untuk membantu masyarakat serta boleh berkongsi ilmu dengan masyarakat setempat.Majlis berkenaan dianjurkan oleh Majlis Pengakap Negeri KLKM dengan kerjasama Persekutuan Pengakap, USM dan Kementerian Pendidikan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA