KUANTAN, 28 Jun -- Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diwawancara stesen televisyen Emiriah Arab Bersatu (UAE) selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Oleh Kerajaan UAE Kepada Mangsa Banjir Pahang di sini malam tadi.Seramai 100 mangsa hadir menerima sumbangan cek bernilai RM1,000 setiap satu sebagai simbolik penerima awal daripada 26,000 mangsa banjir seluruh Pahang bagi bantuan keseluruhan bernilai AS$10 juta (RM32.5 juta) oleh kerajaan UAE yang dijanjikan sebelum ini.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA