IPOH, 28 Jun -- Seorang peniaga, Muhammad Azizi, 46, dari Kampung Manjoi menunjukkan buah tunjuk langit 'Mahogani' yang dijualnya semasa tinjauan fotoBernama di Tapak Pasar Tani Kampung Simee di sini, hari ini.Buah tunjuk langit yang pahit merupakan sejenis tumbuhan yang mempunyai nilai perubatan yang tinggi dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik yang mengandungi nutrien semulajadi untuk penawar bagi penyakit kencing manis, darah tinggi, serangan jantung, resdung dan gout. Beliau mendapatkan belakan buah tersebut dari Pekan Pahang dan menjual setiap biji dengan harga RM10 dan boleh didapati dalam bentuk kapsul atau serbuk.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA