TASEK GELUGOR, 30 Jun -- Keadaan longkang yang berwarna hitam kehitaman berhampiran kandang khinzir di Parit Sekolah, Kampung Selamat di sini.Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang mengesahkan seorang murid Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, di sini dijangkiti Japanese Encephalitis (JE) dan sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Bayan Baru, dekat sini. Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin berkata Jabatan Veterinar Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan dan mengambil sampel di kawasan ladang khinzir yang terdapat di Kampung Selamat itu untuk dibuat ujian. Tindakan selanjutnya akan diambil berhubung penyakit JE selepas menerima laporan lengkap dari Jabatan Kesihatan dan Jabatan Veterinar. -- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA