KUALA LUMPUR, 1 Julai -- Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Datuk Ir Nawawi Ahmad (dua, kanan) menyampaikan sebahagian daripada 6,000 pek berbuka puasa kepada para penumpang keretapi ke Ipoh sempena Ramadan 2014 di Stesen Kuala Lumpur Sentral di sini hari ini. Program tahunan ini bertujuan membantu para penumpang yang tidak sempat untuk berbuka puasa di rumah disamping tanda penghargaan kepada para penumpang yang setia menyokong dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan KTMB.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA