PUTRAJAYA, 1 Julai -- Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempengerusikan mesyuarat bersama ahli-ahli Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) yang diketuai oleh Presidennya, Datuk Syed Ali Alattas (empat, kiri) di Bangunan Perdana Putra di sini hari ini. NCCIM dianggotai oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian China Malaysia (ACCCIM), Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI), Dewan Perdagangan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) dan Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA