MELAKA, 2 Julai -- Prof Dr Shahrin Sahib, 46, dilantik menjadi Naib Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menggantikan Prof Datuk Ahmad Yusoff Hassan bermula 16 Jun lepas.Beliau memulakan kerjaya di UTeM sebagai Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) pada tahun 2002 dan Dekan FTMK pada 2006 dan kemudian dilantik menjadi Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UTeM pada 2013.Beliau Berkelulusan Doktor Falsafah (PhD) Parallel Processing dari University of Sheffield, United Kingdom.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA.