IPOH, 3 Julai -- TEROMPAH KAYU̢̮¬ degrees Pengusaha terompah kayu, Yaw Chai Yok, 65, ketika ditemui di kedainya di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Ipoh di sini baru baru ini. Beliau yang mula berkecimpung dalam bidang pembuatan kasut terompah sejak berusia 32 tahun ini memulakan perniagaannya dari pukul 9 pagi hingga 3.30 petang dengan kadar sewa sebanyak RM60 sebulan. Perniagaan tersebut yang turut dibantu oleh suaminya diwarisi sejak 80 tahun yang lalu. Terompah yang diperbuat daripada kayu pokok durian itu mampu dijual sehingga 20 pasang sehari dengan harga antara RM4.50 hingga RM11.50 sepasang dan sering menjadi pilihan pelancong untuk dijadikan cenderamata. Pembuatan terompah kayu tradisional ini mempunyai nilai warisan yang tersendiri dan perlu diwarisi supaya tidak luput ditelan zaman kerana ia melambangkan keunggulan warisan yang mewakili masyarakat Baba Nyonya, Melayu, Cina dan India. Selain unik, terompah kayu yang dihasilkan Yaw Chai Yok ini juga lasak untuk dipakai kerana diperbuat daripada kayu dan boleh dipakai oleh kaum lelaki dan wanita.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** FOTO ESEI