TASEK GELUGOR, 4 Julai -- Para pelajar Sekolah Kebangsaan Kampung Selamat, Tasek Gelugor membaca risalah mengenai nyamuk Culex yang membawa penyakit Ensefalitis Jepun (JE) semasa pegawai-pegawai kesihatan negeri memberi taklimat mengenai jangkitan JE di sekolah berkenaan di sini hari ini.Seorang pelajar sekolah berkenaan, Ammar Muqrish Zulkifli, 12, yang dijangkiti virus JE kini diberi rawatan di Hospital Pantai Bayan Baru.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA