KUALA LUMPUR, 9 Julai -- Beberapa gelandangan mengambil makanan yang diedarkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang dikenali gerakan Universiti Terbuka Anak Muda (UTAM) di sini, baru-baru ini.Kru Utam, Asyraf Muiz Roslan (kiri), dan rakannya, Rusni (kanan) mula mengedarkan makanan kepada gelandangan pada pukul 10 malam sehingga makanan tersebut habis. Terdapat lebih kurang 400 gelandangan yang 70 peratus daripadanya terdiri daripada anak muda di sekitar kaki lima Menara Maybank dan kota raya.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA