IPOH, 9 Julai -- Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bergotong-royong bersama anggota pasukan keselamatan lain membungkus kuih raya pada majlis pembungkusan kuih raya 2014 kepada pasukan keselamatan sumbangan kerajaan negeri dan Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) di sini hari ini.Sebanyak 10,000 bungkusan kuih akan diagihkan kepada 16 pasukan keselamatan antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Marin (PPM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Unit Penguatkuasaan Penyeludupan (UPP), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Penjara.Antara menu bungkusan raya tahun ini ialah Rendang Tok, Serunding, Kuah Kacang, Karipap Mini, Badam Cookies dan Biskut Kuaci.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA