JOHOR BAHARU, 10 Julai -- Siapa tak kenal Tapai Maimun, keenakannya terletak pada rasa pulut dan ubinya yang lembut, manis dan berbau harum. Tidak hairanlah kalau pengunjung di Bazar Ramadan Taman Suria yang hendak membeli tapai jualannya melihat banyak lebah yang menghurung tapai-tapai tersebut kerana kemanisan dan keharumannya.Tapai pulut yang dibungkus dengan menggunakan daun Jambu Bol ini dijual dengan harga RM3 untuk tiga bungkus manakala Tapai Ubi daun pisang dijual dengan harga RM1.30 untuk sebungkus atau RM5 untuk empat bungkus.Dengan menggunakan motosikal, Tapai Maimun hasil dari resepi sendiri ini turut dijual di Pasar Tani dan banyak menerima tempahan daripada orang ramai.Pilihan Muda, 65, bersama tapai pulut dan ubi yang dibuat bersama isterinya, Maimun Yusof, 50, yang dijual di Bazar Taman Suria, Johor Baharu di sini hari ini. --fotoBERNAMA(2014) HAKCIPTA TERPELIHARA