IPOH, 10 Julai -- Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Supt Ahmad Tarmizi Abd Haq (dua, kiri) bersama dengan pegawainya menunjukan pedang samurai dan sebilah parang panjang yang dirampas dari dua lelaki berumur 22 dan 23 tahun dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan semasa sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh (IPD) di sini, hari ini.Kedua-dua suspek kini ditahan, dipercayai terbabit dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan menyebabkan seorang pekerja premis tersebut menerima lapan jahitan di muka akibat ditetak dengan pedang samurai.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA