KUALA LUMPUR, 12 Julai -- Penjual cincin batu, Tarmizi Abdul Muiz, 51, menunjukkan cincin yang bertatahkan batu Ruby (merah jambu) yang berharga RM400. Cincin yang dijual di kedai beliau dijual dengan harga antara RM25 hingga RM400 mengikut jenis dan bentuk batu, jelas beliau ketika ditemui di gerainya di Lorong Haji Taib di sini, hari ini.Cincin ini digemari oleh golongan tertentu yang mempunyai minat terhadap batu cincin yang dianggap mempunyai nilai tersendiri disamping mempunyai reka bentuk yang menarik dan sesuai untuk kaum lelaki. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA