KEMAMAN, 13 Julai -- Sukarelawan EcoCare menanam anak-anak pokok bakau dalam program penanaman semula bakau di sepanjang Sungai Kertih di sini.Penubuhan Program Sukarelawan ecoCare disertai kira-kira 400 penduduk dari tiga buah kampung iaitu Kampung Tengah, Kampung Gelugor dan Kampung Telaga Papan ini bertujuan untuk memulihara eko-sistem khususnya untuk pokok-pokok bakau yang ada di sepanjang Sungai Kertih.Ia diselia oleh Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) yang telah bekerjasama dengan para penduduk kampung sejak tahun 2005 untuk menggerakkan satu usaha jangka masa panjang memperbaiki keadaan di sungai ini.Petronas Chemical Group (PCG) pula menyumbang dana RM400,000 setiap tahun untuk menjayakan program sukarelawan ini.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARATERPELIHARA