MARAKAH (LUBNAN), 15 Julai -- Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersalaman dengan KPL Norti Mazlina Ali setibanya beliau di Kem Marakah, Ibu Pejabat Kontinjen MALBATT 850-1, Selatan Lubnan di sini pada Selasa.Turut sama Komander MALBATT 850-1, Kolonel Arman Rumaizi Ahmad (kiri).Hishammuddin melakukan lawatan sulung ke kem itu pada Selasa dan Rabu bagi meninjau secara dekat tugasan dan keperluan MALBATT 850-1, iaitu lawatan penyuntik semangat yang kebetulannya diadakan pada Ramadan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA