KUANTAN, 16 Julai -- Pesara kerajaan Sim Siak Heong, 68, ditemubual oleh media selepas membuat laporan polis kerana keretanya diketuk oleh seorang wanita menggunakan batang kunci stereng selepas berlaku kemalangan kecil semalam.Wanita itu mengetuk hingga kemek pada bahagian bonet hadapan dan di atas pintu pemandu keretanya dan kejadian itu berjaya dirakam oleh orang ramai yang melihat kemalangan itu dan memuat turun ke dalam laman sosial menyebabkan kejadian itu mendapat perhatian meluas.Dalam rakaman itu wanita itu dengan memegang batang kunci stereng mengetuk dan mamarahi Sim Siak Heong di khalayak ramai di tempat letak kereta di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kuantan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA *** Local Caption *** MENGIRINGI BERITA