GEORGE TOWN, 18 Julai -- Ibu salah seorang anak kapal Penerbangan MH17, Sharom Ibrahim, 57, tidak dapat menahan kesedihan sambil memegang gambar anaknya, Nur Shazana Mohamed Salleh, 31, sambil diperhatikan oleh suaminya Mohamed Salleh Shamsuddin, 54, semasa ditemuramah di kediamannya di Mayang Pasir, Bayan Baru di sini hari ini.Nur Shazana dipercayai terkorban setelah pesawat berkenaan terhempas di sempadan Ukraine semalam.Terdahulu, Malaysian Airlines (MAS) mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa ia telah terputus hubungan dengan Penerbangan MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA