PUTRAJAYA, 18 Julai -- Kelihatan ahli keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sebak ketika hadir untuk sesi taklimat bersama Malaysia Airlines (MAS) di Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia IOI Putrajaya di sini hari ini. Terdahulu, MAS mengesahkan ia telah menerima pemberitahuan daripada ATC Ukraine bahawa pesawat yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal itu telah terputus hubungan pada 1415 (GMT) di kedudukan 30km dari Tamak, kira-kira 50km dari sempadan Rusia-Ukraine, semalam. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA