NEW YORK, 20 Julai -- Kedua-dua pejabat perwakilan Malaysia di New York dan Washington DC, dilimpahi dengan jambangan bunga, kad dan papan ucapan serta nyalaan lilin di hadapan kedua-dua pejabat itu sejak berita kejadian yang menimpa penumpang dan anak kapal MH17, Khamis lalu.Penerbangan MH17, menggunakan pesawat Boeing 777-200ER, dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu permukaan ke udara ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lepas.Pesawat dengan 298 penumpang dan anak kapal terhempas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine, sebuah wilayah yang dikawal oleh puak pemberontak pro-Rusia.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA