KUALA LUMPUR, 24 Julai -- Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Halimah Muhamed Sadique (tengah) membuat semburan racun ketika melakukan tinjauan ke kawasan Apartment Bistari dalam operasi (OPS) Hapus Aedes di Hotspot Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di sini, hari ini.Turut hadir Pengarah Bahagian Kesihatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Dr Sarodin Shahari (kanan), Pemangku Yang Dipertua MPAJ Abd Hamid Hussain (dua, kanan), Timbalan Ketua Setiausaha (Kesejahteraan Bandar) KPKT, Datuk Halimi Abdul Manaf (tiga, kanan), dan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan Datin Maziah Adnan (depan, dua kiri).-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA