GEORGE TOWN, 24 Julai -- Jabatan Perubatan Forensik Hospital Seberang Jaya keluar dari rumah seorang mangsa penumpang pesawat penerbangan MH17, Tan Siew Poh, 85, setelah mendapatkan sampel DNA ahli keluarganya di Lorong Delima 10, Jalan Delima di sini hari ini.Jabatan Perubatan Forensik berkenaan meluangkan masa selama sejam untuk mendapatkan sampel DNA keluarga berkenaan.Jabatan berkenaan yang tiba bersama pegawai polis pada pukul 2.45 petang keluar dari rumah tersebut pada pukul 3.45 petang tadi.Tan Siew Poh adalah antara 298 penumpang dalam pesawat itu yang terputus hubungan kira-kira 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) di kedudukan 30 kilometer (km) dari Tamak, kira-kira 50 km dari sempadan Ukraine dan Rusia. Pesawat tersebut dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine pada khamis, 17 Julai lepas.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA