KUALA LUMPUR, 25 Julai -- Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii (dua, kanan) bersama Duta Palestin di Malaysia Dr Anwar al-Agha (dua, kiri) ketika membuat kenyataan media pada Perhimpunan Aman Mengutuk Kekejaman Israel di hadapan Pavillion, di sini hari ini.Perhimpunan yang dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) bersama warga Palestin ini bertujuan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Rejim Zionis yang zalim terhadap penduduk Palestin yang tidak berdosa hampir sebulan. Terdapat seramai 400 warga Palestin menyertai perhimpunan ini.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA