IPOH, 27 Julai -- Mahadzir Che Mustaffa, 51, (kiri) memerah santan dengan menggunakan mesin di Kedai Santan Aneka Kampung Manjoi di sini, hari ini.Beliau membuat persediaan seawal jam 5 pagi untuk memenuhi tempahan dan membuka kedainya sekitar jam 7 pagi.Sebanyak 4,000 biji kelapa diterima dari pembekal Teluk Intan sejak dua hari lepas dan menjual santan dengan harga RM7.60 sekilogram.Beliau yang memulakan perniagaan sejak 12 tahun lepas merasakan tahun ini merupakan luar biasa apabila ramai pelanggan datang ke kedainya sempena Hari Raya Aidilfitri berbanding hari biasa.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA