KANGAR, 31 Julai -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (tengah) berkenan bergambar kenangan bersama pasukan pilihan Istana FC dan pasukan Persatuan Perlis Kuala Lumpur (PPKL) sebelum perlawanan persahabatan bola sepak tahunan Piala DYTM Raja Muda Perlis di Stadium Tuanku Syed Putra dekat sini, malam tadi.Perlawanan persahabatan yang dianjurkan setiap tahun sejak 1992 itu diilhamkan sendiri oleh Tuanku Raja Muda ketika Baginda bertugas di ibu negara.Perlawanan persahabatan ini diadakan sempena Hari Raya Aidilfitri setelah anak-anak Perlis khususnya dari Kuala Lumpur pulang dari perantauan untuk berhari raya di Perlis.Antara pemain yang terlibat dalam perlawanan persahabatan kali ini ialah bekas-bekas pemain bolasepak nageri seperti Yusri Che Lah dan Roslee Md Derus.Turut bermain, Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis Prof Datuk Dr Ahmad Redzuan Abdul Rahman, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis Zulhasmi Mohamad dan Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Selangor Hazimin Jamaludin.Pada perlawanan kali ini PPKL berjaya menewaskan pilihan Istana FC dengan jaringan 6-3.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA