GEORGE TOWN, 5 Ogos -- Pegawai Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) N.V Subbarow menunjukkan biji jagung yang berwarna-warni yang tumbuh di perkarangan pejabat CAP di sini hari ini.Menurutnya jagung jenis Inco Rainbow yang berasal dari negara Mexico mula ditanam di perkarangan CAP tiga bulan lepas dan kini menghasilkan buah.Tambahnya lagi, benih jagung berkenaan diambil dari India semasa membuat lawatan ke negara berkenaan.Sebanyak 22 batang pokok jagung tumbuh dikawasan kebun yang terletak di belakang pejabat CAP. Setiap pokok jagung mula menghasilkan dua hingga tiga batang jagung.Subbarow berkata jagung jenis ini hendaklah dijaga daripada perosak seranggan dan disembur dengan baja asli supaya tumbuh dengan segar.Keenakkan jagung ini berbeza dengan jagung biasa, ia berasa seperti agar-agar dan sangat manis.Para petani yang ingin menanam jagung Inca Rainbow ini boleh mengunjungi pejabat CAP untuk mendapatkan benih berkenaan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA