PUTRAJAYA, 5 Ogos -- REMUK... Keadaan kereta jenis Perodua Kancil yang dipercayai terbabas di jalan Persiaran Timur berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra menghala ke Presint 16 di sini hari ini. Menurut orang ramai di kawasan kejadian, wanita yang memandu kereta berkenaan cedera dan telah dibawa ke hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut. --fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA