BUKIT MERTAJAM, 7 Ogos -- Masyarakat Cina mengunjungi patung dewa 'Tai Su Yah' (Raja neraka) setinggi 8.23 meter untuk memberi penghormatan dan mendapat restu dari dewa berkenaan di sini. Mengikut kepercayaan masyarakat Cina, dewa berkenaan mengiringi hantu-hantu lapar setelah pintu neraka dibuka selama sebulan untuk mencari makanan di bumi. Dewa berkenaan dipercayai akan memantau hantu-hantu tersebut supaya tidak mengganggu masyarakat di bumi sepanjang sebulan itu. Perayaan Hantu Lapar (Phor Tor) disambut pada bulan ketujuh dalam kalendar Cina oleh kebanyakan masyarakat Cina di selatan China, Malaysia, Singapura, Hong Kong dan Taiwan. Pada tahun ini perayaan tersebut disambut pada 27 Julai hingga 24 Ogos.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA