SUNGAI SIPUT, 10 Ogos -- Ketua Setiausaha II Kementerian Pendidikan Malaysia, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang (kiri) melihat air yang sudah ditapis dari Loji Pembersihan Air Penuras Kasar Aliran Mendatar semasa lawatan kerja beliau ke tapak projek bekalan air bersih untuk masyarakat komuniti Orang Asli Kampung Langkor di sini, hari ini.Kampung Langkor yang mempunyai seramai 141 penduduk dengan 27 buah rumah merupakan sebuah perkampungan Orang Asli yang masih belum menerima bekalan air bersih dan sebelum ini menggunakan sumber air dari sungai yang mudah tercemar oleh racun rumpai dan bahan kimia daripada aktiviti perladangan berdekatan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA