KANGAR, 11 Ogos -- Raja Muda Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail (dua,kanan) berkenan memasukkan wang ke dalam tabung sebagai simbolik pelancaran "Tabung Palestine We Care" pada Sambutan Hari Raya anjuran Unic Group of Companies (Unic Group) yang diadakan di Mes Pegawai Kanan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dekat sini, malam tadi.Berangkat sama, Raja Puan Muda Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil (kanan).Turut sama, Pengerusi Eksekutif Unic Group Armanwadi Sheikh Abd Latif (dua,kiri).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA