KUALA LUMPUR, 12 Ogos -- Tiga individu yang cacat penglihatan (dari kiri) P.Xavier K.Peter, 32, Abdul Salim Ibrahim, 50, dan Lai Chiun Teek, 42, menggunakan alat elektronik 'My Second Eye' selepas majlis pelancaran program Standard Chartered My Second Eye yang telah dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.'My Second Eye' adalah alat elektronik yang direka oleh Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) bagi membantu orang buta untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat.Seramai 10 orang buta dari Persatuan Orang Buta Malaysia menerima alat tersebut.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA