PEKAN, 12 Ogos -- Guru pembimbing, Sharifah Noraniza Syed Mahmud (kanan) melihat anak muridnya berlatih bermain catur ketika ditemui di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Biram, di sini hari ini. Menurut Sharifah, idea penubuhan kelab catur di sekolah itu pada 2007 bertujuan mengembangkan sukan catur di sekolah itu kerana kejohanan sukan catur dilihat semakin aktif dianjurkan oleh pelbagai pihak di Pahang. Usaha yang dilakukan selama empat tahun membuahkan hasil apabila sekolah berkenaan kini menonjol dalam sukan tersebut bukan sahaja di peringkat sekolah dan daerah bahkan lebih membanggakan ada muridnya berjaya ke peringkat negeri serta kebangsaan. Sharifah berkata, kejayaan yang dikecapi itu didorong dengan minat murid yang mendalam terhadap sukan terbabit selain sokongan kuat dari pihak sekolah. Lebih membanggakan seorang muridnya pernah mewakili sekolah ke peringkat antarabangsa apabila menyertai Festival Catur Antarabangsa Melaka 2012 dan diumumkan sebagai pemain terbaik ketegori bawah 12 tahun.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA