KANGAR, 17 Ogos -- Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kontinjen Perlis, Supt Tengku Zailan Tengku Ahmad Shah (dua, kanan) memerhatikan anggotanya memeriksa kenderaan pada sekatan jalan raya dalam Ops. Cantas yang diadakan di sini, malam tadi.Dalam Ops Cantas malam tadi yang melibatkan 100 orang anggota dan pegawai, seramai 118 orang dan 10 pusat hiburan termasuk pusat snuker di Kangar telah diperiksa manakala 20 pemandu yang melakukan pelbagai kesalahan trafik disaman.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA