IPOH, 18 Ogos -- Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah (kiri) berkenan beramah mesra dengan peserta luar negara yang hadir dalam persidangan 'World Conference on Islamic Tought and Civilization' (WCIT 2014) di Casuarina Meru di sini, hari ini.WCIT merupakan persidangan yang menghimpunkan pemikir dan ahli akademik bagi berkongsi idea dan pandangan mengenai segala bentuk pengetahuan dan isu-isu dari perspektif Islam.Seramai 301 peserta menghadiri program ini yang dianjurkan oleh Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS).--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA