KUANTAN, 19 Ogos -- Orang ramai melihat kereta jenis Honda yang terputus dua manakala bahagian belakang kereta tercampak kira-kira 30 meter dan mengorbankan tiga anggota tentera dalam kemalangan di Jalan Tanah Putih dekat Batu Tiga di sini, hari ini.Kejadian kira-kira 11.55 malam tadi telah mengorbankan Mohd Fahmi Jap, 25, Mohd Ilias Abu Seman, 23, dan Mohd Faizal Zainol, 26, merupakan anggota tentera yang bertugas di Kem Batu 10.Siasatan mendapati mangsa dari bandar Kuantan menghala ke Gambang telah terbabas ke kiri sebelum merempuh sebatang pokok lalu termasuk ke dalam longkang dalam keadaan hujan lebat.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA