GEORGE TOWN, 22 Ogos -- Orang ramai menghentikan kenderaan masing-masing untuk bertafakur selama seminit sebagai tanda penghormatan kepada mangsa tragedi MH17 yang tiba ke tanah air ketika tinjauan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang di sini hari ini.Pesawat khas Malaysia Airlines yang membawa kumpulan pertama warganegara Malaysia yang terdiri daripada 20 jenazah mangsa nahas MH17 itu mendarat di KLIA pada pukul 9.54 pagi ini selepas 12 jam perjalanan dari Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam. Sejumlah 43 warga Malaysia terbunuh apabila MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai lepas.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA