KUALA LUMPUR, 25 Ogos -- Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli (dua, kiri) bergambar kenangan selepas Majlis Pra-Pelancaran "Asian Bird Fair (ABF) 2014" di Wisma Bernama di sini hari ini. Turut kelihatan Pengurus Besar Bernama, Datuk Yong Soo Heong (dua, kanan) dan Pengurus Kanan Pusat Kecemerlangan Bernama, Syed Khedher Ismail (kanan).Pameran kali kelima itu anjuran LADA itu akan diadakan di Oriental Village, Langkawi pada 29 dan 30 November 2014.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA