IIPOH, 27 Ogos -- Sepasang model yang berpakaian menjolok mata sewaktu menjalankan sesi penggambaran di Jalan Sultan Yusuf, Isnin lalu, Low Kah Wai, 27, (kanan) dan How Jo Yee, 21, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kegusaran am kepada awam di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Mereka berdua didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 268 Kanun Keseksaan iaitu mengganggu kententeraman awam dan boleh dihukum di bawah Seksyen 290 kanun sama dengan denda tidak melebihi RM400.Majistret menjatuhkan hukuman denda RM400 dan memerintahkan tertuduh masing-masing dipenjara sebulan sekiranya gagal membayar denda.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA