KANGAR, 31 Ogos -- Mangsa kemalangan maut, Puan binti Chik, 76 (kiri), maut ditempat kejadian selepas motorsikal yang dinaikinya bersama anak dan cucunya bertembung dengan sebuah kereta kira-kira pukul 7.30 malam di persimpangan empat Kampung Bongor Kudung, Simpang Empat dekat sini, hari ini.Turut maut di tempat kejadian anaknya, Norlia Hashim,42 (tengah), yang menunggang motorsikal tersebut dan cucunya, Dzulfikar Dulkafle, 10 (kanan).Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk dibedah siasat.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA