KUALA LUMPUR, 8 Sept -- Bekas pekerja hotel, Ali Abd Jalil, 29 (kiri) dibawa oleh anggota Polis ketika didakwa atas tuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan di laman media sosial 'Facebook' berhubung kedudukan raja, Januari lepas di Mahkamah Sesyen Selayang di sini, hari ini.Dia yang juga merupakan seorang pelajar sambilan sebuah universiti swasta didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (c) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4 (1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA