BUKIT MERTAJAM, 12 Sept -- Para pelajar dan guru-guru Sekolah Kebangsaan Permatang To'Kandu, Permatang Pauh menyiapkan Kolaj Logo 1Malaysia di sini hari ini.Seramai 924 pelajar dan 79 guru sekolah berkenaan menghasilkan Logo 1Malaysia gergasi yang berukuran 15 meter panjang dan 7.5 meter lebar sempena sambutan Hari Malaysia ke-51 yang akan disambut pada 16 September ini. Menurut Guru Besar sekolah berkenaan, Mohd Shukri Abd Rahman, logo gergasi 1Malaysia itu dihasilkan daripada kain-kain rentang yang terpakai. Tambahnya lagi, pelajar dan guru SK Permatang To'Kandu mengambil masa selama sebulan untuk menganyam logo gergasi berkenaan yang dimulakan sejak 11 Ogos lepas dan siap sepenuhnya pada 11 Sept.--fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA