PENGKALAN KUBOR, 13 Sept -- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (empat, kanan) merangkap Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) mengangkat tangan bersama calon BN, Mat Razi Mat Ail (lima, kanan) selepas pendaftaran penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N.01 Pengkalan Kubor di Bilik Gerakan Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat di sini, hari ini.Calon BN akan bertanding tiga penjuru bersama calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas, Izat Bukhary pada Pilihan Raya 25 September ini.Turut hadir Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai (dua, kanan), Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (enam, kanan) merangkap Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kelantan yang juga Pengerusi BN Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed (tiga, kanan).--fotoBERNAMA(2014)HAKCIPTA TERPELIHARA