JOHOR BAHARU, 15 Sept -- Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Negeri Johor Datuk Tee Siew Kiong (dua dari kiri), Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Johor Dr Badrul Hisham Kassim (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Fire Fly Johor Khairul Anuar (tiga dari kiri) menyambut ketibaan 62 penumpang penerbangan sulung Firefly dari Ipoh, Perak ke Johor Baharu pada majlis pelancaran penerbangan terus pertama Frefly Ipoh-Johor Baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sini hari ini.Syarikat Penerbangan Firefly memulakan penerbangan langsung pertamanya dari bandaraya Ipoh ke Johor Baharu mulai hari ini dengan kekerapan penerbangan empat kali seminggu mengambil tempoh penerbangan satu jam 25 minit. Pesawat ATR-72 dengan kapasiti 72 tempat duduk digunakan untuk penerbangan berkenaan.-- fotoBERNAMA (2014) HAKCIPTA TERPELIHARA